AHLAN WASAHLAN...SALAM WA RAHMATUL ALAIK' YA HABIBULLAH


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us








Happy moments, praise ALLAH. Difficult moments, seek ALLAH. Quiet moments, worship ALLAH. Painful moments, trust ALLAH. Every moment, thank ALLAH.


<< August 2020 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


Free shoutbox @ ShoutMix



<-- MUTIARA HIKMAH -->

PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH


“Perbuatan lebih berkesan daripada ucapan"

"Sesungguhnya berjayalah orang yang ikhlas hatinya dengan iman, sejahtera hatinya, benar kata-katanya, tenang jiwanya dan teguh akhlaknya"[riwayat ibn hibban]

"Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat"[imam syafie]

“...Sesiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah, maka sesungguhnya ia beroleh petunjuk hidayah kejalan yang betul"[surah al-imran:101]

“Sesungguhnya orang yang munafik adalah orang fasik"[surah al-taubah:67]

“Sekiranya seseorang itu meninggal dunia, terputus segala amalan kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya"[riwayat muslim]

“Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas semata² kerana mencari keredhaan Allah”[riwayat an-nasai]

“mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah” [riwayat muslim]

“Tiada kelebihan bagi seseorang kepada seseorang melainkan dengan iman dan takwa” [riwayat ahmad]

“Seseungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa dan harta kamu, tetapi dia melihat kepada hati dan amalanmu” [riwayat muslim]

“Ilmu tanpa amal adalah gila dan amal tanpa ilmu adalah tidak menjadi (tidak sah)” [riwayat al-ghazali]

“Akhlak yang paling baik menjadi bukti kesempurnaan iman” [riwayat al-tarmizi]

“Tidak ada yang paling berat pada timbangan melainkan akhlak yang baik” [riwayat al-tarmizi]

“ Suci itu sebahagian daripada iman” [riwayat al-tarmizi]

“Sesiapa yang akan beroleh kebaikan dari Allah, lebih didahulukan dirinya cubaan” [riwayat al-bukhari dan muslim]

“Apabila seseorang mengenali harga diri pasti dia tidak tertipu dengan pujian orang” [imam ahmad]

“Sesiapa mengenali dirinya sesungguhnya dia mengenali tuhannya” [kata² ahli sufi]



PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH


“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab(dihadapan Allah Kelak)"[saidina umar al-khattab]

“Orang yang bertaubat dengan sebenar-benarnya akan terhapus segala dosanya dan akan mencapai darjat yang tinggi disisi Allah apabila taubatnya diiringni dengan amalan kebajikan dan istiqamah"

“Bangun!! kita tambah iman sesaat,mari kita duduk di majlis zikir"[abdullah bin rawahah]

“Sesiapa yang mati dalam keadaan syirik kepada Allah, dia akan masuk kedalam neraka"[riwayat bukhari, muslim]

“Sedekah dan solat seseorang ditengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api"[riwayat tarmizi]

“Mana² orang Islam yang membebaskan seorang hamba, maka Allah akan membebaskan seluruh anggota badannya dari api neraka"

“Sebaik² perhiasan dunia adalah wanita solehah"

“Didiklah anakmu itu berbeza dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan tuhan untuk zaman yang bukan zamanmu"[saidina umar al-khattab]

“Layanlah ibu bapamu dengan layanan yang baik kerana melayan mereka dan menjadikan mereka gembira, pahalanya adalah sama dengan berjihad ke jalan Allah"

“Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih dari banyak"[lukmanul hakim]

“Kezaliman ialah naluri jiwa sekiranya didapati ada insan yang berlaku jujur, sebenarnya dia tidak zalim"

“Perkara pertama yang akan dihitung dikalangan manusia di akhirat nanti adalah yang berkaitan dengan darah"[riwayat bukhari, muslim]

“Harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya"[HAMKA]

“Orang yang berakal ialah orang yang menempatkan sesuatu pada tempatnya"

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"[surah az-zumar:53]

“Mukmin yang sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya” [riwayat ahmad]

“Masa yang paling hampir antara hamba dan tuhannya ialah pada akhir malam. Jika kamu mampu untuk menjadi golongan yang mengingati Allah, maka lakukanlah” [riwayat al-tarmizi, an-nasai, al-hakam]

“Allah melaknat lelaki² yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [riwayat al-bukhari]

“ Mereka itu (manusia tanpa iman) seperti binatang ternakan , bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai” [surah al-a’raf : 179]

“Orang yang beriman ialah orng yang tidak melakukan perbuatan yang jahat” [kata² ahli sufi]

“Sesungguhnya ad-din yang diterima oleh Allah ialah Islam” [surah al-imran : 19]

“Sesiapa yang berjalan kerana menuntut ilmu pengetahuan akan dipermudahkan Allah jalannya ke syurga”

“Kemampuan sesuatu umat untuk bertahan bergantung kepada akhlak mereka. Jika akhlak mereka runtuh dan musnah, akan runtuh dan musnahlah bangsa tersebut” [ahmad syauki, penyair mesir]

“Akal yang sejahtera bergantung kepada tubuh badan yang sihat” [kata bijak pandai]

“Taat kepada ibu bapa menyebabkan seseorang itu akan dapat memasuki syurga melalui pintu yang paling baik” [riwayat abu hanifah]

“Tidak beriman seorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri” [riwayat al-bukhari]




<-- LINK RAKAN -->

- Kakak Nawar Husna -
- Syazana Adnan -
- Kakak Safiah Yusof -
- Muhammad Azhar -
- Akhi Husz -
- Akhi Zulpahang -
- Adik Kinah -
- Adik Afiq -

:: HUSZ ::



administrator
AMAL ATHIRAH ZARZILAH

.:: SYUKRAN WA ILALLIQA' ::.


rss feed



Thursday, February 01, 2007
MUSLIMAT --> 10 Seksaan Terhadap Wanita

Image Hosted by ImageShack.us

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala bab* dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Wallahualam.




Posted at Thursday, February 01, 2007 by ateera
Make a comment  

Wednesday, January 31, 2007
MUSLIMAT ---> Wanita Paling Bahagia

Image Hosted by ImageShack.us

Selamat untuk Anda kerana anda wanita yang shalat,puasa,taat,lagi patuh.

Selamat untuk Anda kerana anda wanita yang berhijab(berjilbab), pemalu,anggun,lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat untuk Anda kerana anda wanita yang berpendidikan,gemar membaca,sedar,lagi mempunyai petunjuk yang benar.

Selamat untuk Anda kerana anda seorang wanita yang setia,dipercayai,jujur,dan suka berderma.

Selamat untuk Anda kerana anda wanita yang penyabar,selalu berharap akan pahala Allah,bertobat,dan senantiasa kembali ke jalan-Nya.

Selamat untuk Anda kerana anda seorang wanita yang banyak berzikir,bersyukur,berdoa,lagi pemuh kesedaran.

Selamat untuk Anda kerana anda adalah wanita yang mengikuti jejak Asiah,Maryam,dan Khadijah.

Selamat untuk Anda kerana anda adalah wanita yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat untuk Anda kerana anda adalah wanita yang memelihara norma-norma etika lagi memelihara idealisme yang tinggi.

Selamat untuk Anda kerana anda adalah wanita yang membela hal-hal yang disucikan dan jauh dari hal-hal yang diharamkan.


Posted at Wednesday, January 31, 2007 by ateera
Make a comment  

Monday, January 29, 2007
ARTIKEL 08 ---> Berpedomankan Al-Quran

Image Hosted by ImageShack.us

Oleh : Prof. Dr. Sidek Baba

Berdasarkan surah-surah yang disebutkan di atas dan contoh-contoh saintis Islam dalam berbagai bidang dan lapangan bagaimana eksplorasi saintifik berpedomankan al-Quran. Al-Quran adalah sumber ilmu. Ia mengandungi prinsip dan perisyaratan mengenai alam dan kehidupan yang perlu diterokai oleh ahli sains supaya kebesaran Allah dan tanda-tanda kehebatan Pencipta dapat dirasai dan mengukuhkan lagi iman manusia tentang kewujudan-Nya.

Para remaja Islam harus akur bahawa tamadun Islam telah merintis jalan ke arah tradisi sains umat manusia malah ke arah tradisi sains moden. Keupayaan saintis Islam melakukan penerokaan saintifik dengan jiwa tadabbur yang tinggi membolehkan tradisi sains berkembang dengan di Barat.

Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Remaja hari ini harus insaf bahawa Islam tidak hanya lahir sebagai suatu sistem kepercayaan tetapi terkandung sumber peradaban yang amat luar biasa tingginya.

Berfikir saintifik Qurani boleh membimbing remaja ke arah kaedah berfikir saintifik dengan merujuk kepada al-Quran. Al-Quran sebagai sumber petunjuk bukan sahaja memberikan pedoman tentang benda yang nyata dan konkrit tetapi menghubungkan faktor ghaibiyyat sebagai faktor penting kehidupan.

Oleh itu, berfikir saintifik Qurani merangkumi faktor nyata dan ghaib dan faktor nyata memberi isyarat terhadap faktor yang ghaib. Faktor tubuh badan manusia yang hidup adalah faktor yang nyata tetapi faktor yang menghidupkan hayat manusia atau faktor roh adalah faktor yang ghaib.

Faktor suburnya tumbuh-tumbuhan dan kehidupan adalah faktor yang nyata tetapi yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan bukanlah faktor manusia kerana manusia tidak melakukan penciptaan tetapi berlaku dari faktor ghaibiyyat iaitu kuasa Allah s.w.t..

Pemahaman asas berfikir seperti ini amat penting bagi remaja yang meyakini bahawa Islam adalah cara hidup. Allah menjadikan akal manusia dan usaha penerokaan saintifik untuk menemukan asas-asas kejadian dan penciptaan dan sedikit maklumat tentang hakikat di sebalik kejadian dan penciptaan. Faktor rohaniah remaja terkait rapat dengan kajian saintifik Qurani.

Faktor rohaniah membawa remaja kepada percaya tentang kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada tanda-tandanya di sekeliling kita. Rahmat dan nikmat yang banyak di sekeliling kita ada tanda-tanda tentang kebesaran Allah.

Membimbing manusia

Untuk membina keimanan yang tinggi kepada-Nya, kajian dan penemuan saintifik Qurani membimbing manusia untuk mengetahui di sebalik kajian terhadap daun, akar dan pohon terdapat hikmah herba yang amat menakjubkan. Di sebalik kajian bahan gas dan uranium terdapat hikmah tenaga yang amat luar biasa kesannya.

Pada kajian bintang-bintang dan sistem orbit terdapat petanda mengenai pengaturan sistem perjalanan dan perputaran yang tidak mampu dilakukan oleh manusia melainkan kuasa yang maha perkasa iaitu Allah.

Para remaja Islam harus bersedia melakukan refleksi dan penerokaan kembali asas-asas ilmu sains yang Qurani supaya kajian saintifik tidak terpisah dengan faktor ghaibiyyah yang memberikan asas keimanan yang luar biasa kepada manusia. Islam tidak dianut secara sentimen dan emosi. Islam mendidik umatnya dengan tradisi ilmu yang saintifik.

Faktor rohaniah apabila dihubungkan dengan faktor saintifik Qurani memberikan jalan berfikir yang serasi antara faktor yang nyata dengan faktor yang ghaib.

Berfikir saintifik Qurani bakal mengembalikan semula asas epistemologi ilmu sains ke arah yang fitrah. Selama ini Barat memperkenalkan kaedah empiris yang melihat faktor uji kaji, pemerhatian, pemerolehan data dan fakta sebagai satu-satunya asas saintifik dalam rumusan dan diagnos. Tetapi tradisi sains Islam tidak menolak faktor ghaibiyyah sebagai landasan membangun epistemologi baru yang sifatnya lebih integratif. Saintis Barat cuba menyatakan bahawa agama, Tuhan dan Quran adalah dogma atau khayali dan tidak ada asas saintifik yang rasional.

Tetapi itulah yang berlaku dalam tradisi sains Islam di mana al-Quran dijadikan sumber melakukan tadabbur iaitu uji kaji dan penyelidikan saintifik.

Memang al-Quran tidak menyediakan formula yang lengkap mengenai sains tetapi al-Quran memberikan manusia perisyaratan tentang kejadian dan manusia melakukan tadabbur hasil dari perisayaratan tersebut dan akhirnya menemui fakta-fakta saintifik yang selari dengan apa yang diisyaratkan.

Asas ini memerlukan pemikiran reflektif remaja melihat kepada pencapaian saintifik kini dan melakukan rekfleksi terhadap pencapaian masa lalu. Kemudian mengolahnya kembali dalam kaedah berfikir saintifik Qurani yang bakal membawa dan membimbing manusia kembali kepada tradisi sains Islam yang asli.

Tradisi itu melakukan penerokaan terhadap yang nyata dengan yang ghaib dan akhirnya menemukan manusia dengan hikmat dan asas hakikat yang besar maknanya terhadap keimanan dan ketakwaan manusia terhadap Pencipta.


Posted at Monday, January 29, 2007 by ateera
Make a comment  

Next Page
Hak Cipta Terpelihara © etazkirah2007


Blogdrive